Sunday 12 January 2014

Driving School #Part 1

Assalamualaikum uolls.

Ohoho, excited betul aku kalau part lesen2 ni. Haa.. pagi tadi, aku pergi dengar ceramah KPP. Kalau diikutkan plan, nak pergi sekali dengan kawan2 aku. But, kita hanya mampu merancang :') so, in the end.. aku pergi alone :( *bosan plus awkward kowt! takda gang!* #HUHU.

Pagi tu, pergi kaunter pengurusan and settle amenda semua yang dia tanya and he gave me an orange tag. KPP. *erm.aku kan takde mula apa2 pun lagi. ZERO habis la bak kata orang.so, we started with dengar ceramah berejam-ghejam tu ler -.-'*



*orange tag!*

Ceramah tu disampaikan by 2 orang pengajar. Both of them lelaki and both of them tu funny coyy! Semua orang duk gelak sakan jer bila dengar diorang ni bercakap. During first slot tu, cikgu tu ada bagi buku set A,B and C regarding ujian buta warna. *eh, buta warna ke orang panggil? err.. whatever lah kan!* Kitaorang pun buat la. Elok cikgu tu keluar, mula ada bunyi2 suara tanya "ni nombor apa ni?", "perghh,apesal la warna nombor...." and macam2 lagi la. HAHA =) 



*ni kelas yang kitaorang duduk untuk dengar ceramah tu*

Hurm... Dalam kelas aku ni, tak ramai mana pun. Ada la jugak dalam thirty people gitu. And ada seorang aunty ni. Erk, aunty ke? Okayy lah, panggil akak la *nampak la macam muda sikit kan? :3 * Kalau tak silap aku, nama dia kak Vani kut. *Rasanya lah.* Erm.. Haa.. akak ni memang tak boleh bla! Asyik nak gelak jer aku bila dengar jawapan dia. Sampaikan, cikgu untuk slot first tu tak habis2, guna example guna nama akak tu. Asal cikgu tu tanya soalan je, mesti akak tu yang kena soal dulu. HAHA, ciann dia. Luckily, dia jenis sempoi and gila2. Jawapan dia kasi pun memang AWESOME la! *HAHA* Then, after slot pertama, diorang kasi break kejap dalam around sejam gitu la. That's for time rehat untuk kita orang nak pergi makan minum ke or whatever la kan. Bak kata cikgu tu, "jangan balik tak datang balik sudah lerr.." 

Then, sambung pulak dengan slot yang kedua. Haa, pengajar yang ni jenis terlebih peramah. Mana taknya, dia pergi taaruf about diri dia and then dia suruh kita orang pulak perkenalkan diri. Dia sebut name by name kat list nama yang dia ada. Sampai kat nama aku, dia (blue colour) cakap kat aku (purple colour).

amboi, panjang betul nama. saya ingatkan nama saya je panjang dalam kelas ni.

 *just smiling*
duduk kat mana ni?
Lenggong.
oh, Lenggong. Lepasan SPM kan?
Yup.
Dulu, sekolah mana?
Sekolah Raja Perempuan Taayah.
Owh, kat Ipoh tu. Target SPM berapa?
10.
Trial berapa?
......
Mudah-mudahan mencapai kejayaan :)

 *annoy betul aku bila strangers tanya pasal akademik aku -.-'* Tapi, takpe, dia mendoakan aku beroleh kejayaan tu pun cukup la.. =)

 Dalam banyak2 nama yang dia sebut tu, ada seorang lagi tak masuk kelas. Dia cakap kat kita orang dia nak pergi cari kejap orang tu. Then, the others pun start menyembang lepas cikgu tu keluar kejapp. Tetiba, terdengar bunyi announcement! Guess what?? Cikgu tu pergi buat pengumuman kat satu driving school tu terus! Mudah sikit kan? HAHA :) Semua orang gelak2 jer. Elok cikgu tu masuk kelas balik , baru lah bro (budak U) tu masuk. *Amboi! Tak pasal2 jadi famous pulak abang tu kat driving school ni!*

After that, cikgu tu buat tawaran. Dia cakap kalau dia tanya soalan kat anybody yang dia pilih and orang tu boleh jawab, maka, satu kelas keluar 5 minit awal.*time ni, semua orang cakap setuju!* TAPI.. kalau orang tu tak berjaya jawab , maka satu kelas keluar 5 minil lewat! *yang time ni pulak, semua orang senyap. krik krik. HAHA!*

Then, cikgu tu (aku guna gelaran cikgu la senang..) pun tanya la kat sorang mamat ni. Mamat tu tak boleh jawab, so dia boleh menghayatkan soalan tu kat sesiapa saja yang dia nak untuk bantu dia jawab soalan tu. Nasib baik la dia pilih mamat yang duduk sebelah meja dia untuk jawab tu. #Selamat aku! *wink wink* But, unfortunately mamat tu tak boleh jawab. MAKA..lewat la kita orang keluar. Cikgu tu cakap apa , tahu tak? Dia cakap, "pandang kawan awak yang dua orang tu, disebabkan mereka, awak semua kena keluar lewat! :) " *pfftt, lewat 5 minit je kan.. not a big deal lah*

Lepas tu, cikgu tu buat tawaran yang sama lagi! Dia tanya soalan kat sorang amoi cina ni. "Tanda garisan di atas jalan raya ada berapa?" 3 kali dia repeat soalan tu. Haa... jawab jawab jangan tak jawab! *sambil kau orang membaca ni kan, try arr teka, kayy?* semua orang pandang dia, menantikan jawapan. So, aku pun membuang pandang ke arah timur laut dari tempat aku. *tengok amoi tu nak kasi jawapan apa* then,amoi tu geleng kepala cakap dia tarak tahu sambil minum air mineral. Terdetik dalam hati aku, "ingatkan aku jer yang tak tahu! kekeke" :')

"Okayy, you mahu hayatkan soalan ni kat siapa? You tengok orang sekeliling. You nak bagi handsome boys belakang2 sana jawab ke, Vani ke... " soal cikgu tu. OMO! Part ni memang tak boleh bla. Aku dengar je cikgu cakap macam tu, terus aku pandang tempat lain. Tak tengok amoi tu dah! *dengan harapan, jangan dia pass soalan tu kat aku sudah!* and, finally, jyeahh.. jeng jeng jeng *bajet nak buat kau orang saspen la ni kan. puii. HAHA :p* Aku terlepas kowt, pheww! Tahu ke terlepas apa? Aku terlepas daripada daripada untuk tidak menjawab soalan tu -.-" *cehh, amoi ni hayatkan soalan tu kat aku pulak dahh. HADOI! aku mana tahu der T.T*

"Okay, Hazirah. Saya ulang soalan saya. Tanda garisan di atas jalan raya ada berapa? Kalau awak tak dapat jawab ni, satu kelas balik lewat taw!"

Then, aku pun dengan tak berapa confidentnya, jawab la ada 4. *itupun sebab aku dengar orang belakang aku cakap 4!*

Sadisnya :'( .. jawapan aku SALAH! Ada lima la coyy : chevron,1 garisan terus dan 1 garisan putus2, 2 garisan terus, garisan putus2, 1 garisan terus warna kuning yang terdapat 12 inci daripada jalan. *hmmph.. memang kompem aku ingat forever la semua benda ni ! @.@ ulala~*
















oh ya! By the way, siapa yang teka ada lima tu, TAHNIAH ler anda betul. Siapa yang teka selain daripada lima tu, HAHA :) no worry coyy. Kita serupa! *wink wink*




"Jadilah pemandu kompeten yang bersopan!"
Kbyeee :D



THANKS FOR READING MY STORY :) HAVE A NICE TIME !

No comments:

Post a Comment