Saturday 13 July 2013

Ramadhan Kareem :D


Assalamualaikum :) 

Oh yeah , Alhamdulillah . Sedar tak sedar dah 5 hari kita berpuasa ? Pantas betul masa berjalan kan . >.<  And sedar tak sedar , today lha bebudak hostel ni back to school . Hadoii , sekejapnya cuti :'( nak extend lagi boleh tak? HAHA . * Eyra eyra -.- SPM is near the corner lha . Sempat lagi dok ber'online' ? Apa nak jadi pun taktaw lha ceq. Ketegaq sungguih *

Hewhew . Wokayy , post for this day is about bulan Ramadhan of course ! I would like to share a few of amalan-amalan sunat yang boleh kita amalkan dalam bulan Ramadhan :)

1. Tilawah , tadabbur , tadarus

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. 

Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)



2. Solat tarawih 

Rasulullah Saw. bersabda: 


"Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."



3. Memperbanyakkan doa


Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.





4. Bersedekah


Rasulullah Saw. bersabda: 


"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).

Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

5. Umrah


Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw.



 Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

6. Memperbanyak berbuat kebaikan

Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah. "Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."


#bak kata pepatah arab , " Fastabiqul khairat ".-----> berlumba-lumbalah ke arah kebaikan :)



Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin~








#selamat beramal :)
truly from the bottom of my heart .

#tarikh post update kat atas uh lambat sehari. harap maklum :')





THANKS FOR READING MY STORY :) HAVE A NICE TIME !

No comments:

Post a Comment